Singapura memainkan peranan yang kecil di dalam perkembangan
sejarah Asia Tenggara sehinggalah
Sir Stamford Raffles menubuhkan sebuah pelabuhan
British di situ. Di bawah pemerintahan
koloni British, Singapura telah menjadi pelabuhan yang amat strategik memandangkan ia terletak di tengah-tengah laluan perdagangan di antara
India dan
China yang akhirnya menjadi antara pelabuhan yang terpenting di dunia sehingga ke hari ini. Semasa
Perang Dunia II, Singapura telah ditawan oleh tentera
Jepun dari tahun
1942 hingga tahun
1945. Diantara wira yang terkorban dalam mempertahankan Singapura dalam perperangan ini adalah leftenan
Adnan bin Saidi.
Selepas tamat peperangan, penduduk tempatan dibenarkan menjalankan pemerintahan sendiri tetapi masih belum mencapai kemerdekaan. Seterusnya pada tahun
1963 Singapura telah bergabung dengan
Tanah Melayu bersama-sama dengan
Sabah dan
Sarawak untuk membentuk
Malaysia. Tetapi Singapura seterusnya telah keluar daripada Malaysia untuk menjadi sebuah
republik pada
9 Ogos 1965.
Hari ini ialah HARI LAHIR SINGAPURA dan saya gembira untuk menjadi penduduk Singapura!Di mana kami di mana kami adalah kepunyaan dan itu ialah SINGAPURA!!!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment